Friday, October 30, 2015

Lawatan Ke Taman Botani Shah Alam

Assalamualaikum semua~

Hari ini tepat pukul 8.00 pagi, hari Jumaat, kami pelajar dari Sains Pertanian UPSI bertolak ke Taman Botani yang terletak di Shah Alam~ ^^ Teruja sangat! Sebab ni kali pertama saya pergi ke Taman Botani~ ^^  Tapi, melawat bukan saja-saja melawat yer. Di sana ada tugasan tertentu yang perlu kami laksanakan,


Di sana, saya melawat Rumah Iklim 4 musim, ada musim panas, bunga, luruh dan sejuk. Tapi, sekarang, adalah musim luruh. Bulan 12 nanti baru musim sejuk~ ^^  Mungkin saya akan datang lagi pada bulan 12 nanti, sebab nanti ada musim sejuk~ :D

Sebelum kami masuk dalam rumah empat musim, ada pegawai yang menerangkan sedikit sejarah tentang Taman Botani negara.

Suasana dalam Rumah empat musim, sejuk sangat! Kata pegawai, musim di sini mengikut musim di Belanda~ Kiranya, kami semua seolah olah berada di Belanda sekarang~ hehe.
Dalam Rumah Iklim
Dalam Rumah Iklim juga~sejuk sangat!
Disebabkan sekarang musim luruh, jadi kebanyakan pokok disini dah layu dan berwarna keperang perangan~ 

Lepas kami melawat rumah 4 musim, kami melawat Taman 1 Malaysia~ Cantik sangat! ^^
Ada banyak jenis pokok di sini.

Melihat suasana Indah sebentar~hehe



No comments:

Post a Comment