Friday, November 27, 2015

Resepi Budak Asrama

Hai semua~ Ni entry saya yang ke tiga
Kali ni tentang resepi budak asrama~ Sapa cakap di asrama tak boleh masak~ heehe
Tapi, kena ada teknik-teknik yang tertentu.hehe

Sandwich Sardin MUDAH

1 tin sardin/mackerel (besar)
1 buku roti panjang
mayonis picit / peket
bawang besar 1 biji
limau kasturi 3-4 biji (limau nipis pun boleh)

cara-cara:
i)   buka tin sardin, asingkan sos dengan ikan sardin. kita nak ikan aje, sos tu nanti buat bau hanyir. boleh jer masak dalam rice cooker. heehe. 
ii)  ikan sardin tu, buangkan tulang dia, & hancur-hancurkan.(bole letak sos sardin tu sikit, dalam 1-1 1/2 sudu nak bagi basah). ketepikan.
iii) potong bawang tu halus-halus, ---sebab aku tak suka bawang, taknak nampak waktu makan. campurkan dalam bekas sardin hancur tadi.
iv) 3 biji limau dibelah, tengah dan dibuang biji. perahkan dalam bekas sardin. gaul sebati--selalu aku bau, ada bau masam limau tak, kalau hanyir lagi tambah lagi sebiji (4 biji)
v)   sapu mayonis pada roti -> letak sardin -> sapu mayonis pada roti satu lagi ->kepit!
Kalau nak letak daun salad pon ok
vi) SIAPP! 
nyumnyum

No comments:

Post a Comment